Kem Kesihatan Mental & Cabaran Generasi Baru telah berjaya dianjurkan pada 6 Jun 2024 di Klinik Kesihatan Ibu & Anak Taman Tun Sardon.
Program ini berjaya menarik penyertaan seramai 130 orang yang hadir untuk menyertai pelbagai aktiviti dan sesi yang berkaitan dengan kesihatan mental. Program ini merupakan hasil kerjasama antara Panel Penasihat KKIA TTS, Kampus Sejahtera USM, dan JPKKP Kampung Pintasan Pemancar.
Sepanjang program ini, peserta diberi pendedahan mengenai kepentingan menjaga kesihatan mental, cabaran yang dihadapi oleh generasi baru, serta cara-cara mengatasi tekanan dan meningkatkan kesejahteraan emosi.
Program ini diharapkan dapat memberi manfaat yang besar kepada komuniti setempat, meningkatkan kesedaran dan kefahaman mengenai isu-isu kesihatan mental, serta menggalakkan amalan gaya hidup sihat.
#KampusSejahtera
#syukurselalu
#sayasayangKampusSejahtera
#sayasayangUSM