Program FoodBank Alumni 3.0 telah berlangsung dengan jayanya dari 15 hingga 23 Julai 2024 di Kafeteria Desasiswa yang melibatkan pelbagai desasiswa dalam kampus.
Program ini, dianjurkan oleh Persatuan Alumni USM, Kampus Sejahtera dan Majlis Yang Dipertua - Majlis Penghuni Desasiswa, bertujuan untuk membantu pelajar-pelajar USM di Kampus Induk, Kejuruteraan, dan Kesihatan dengan menyediakan bantuan makanan kepada para pelajar.
Setiap hari program ini dijalankan di desasiswa yang berbeza, bermula di CGH pada 15 Julai, perasmian pada 16 Julai, Aman Damai pada 17 Julai, Indah Kembara pada 18 Julai, Tekun pada 19 Julai, Restu pada 22 Julai, dan diakhiri di Saujana pada 23 Julai.
Dengan sasaran seramai 5000 pelajar, program ini memberi tumpuan kepada memastikan pelajar-pelajar yang memerlukan mendapat bekalan makanan yang mencukupi sepanjang tempoh pengajian mereka.
FoodBank Alumni 3.0 bukan sahaja menyediakan bantuan makanan, tetapi juga memupuk semangat kebersamaan dan solidariti dalam kalangan pelajar USM. Program ini memperlihatkan komitmen yang tinggi daripada alumni dan pihak penganjur dalam memastikan kesejahteraan pelajar-pelajar terjamin.
Ikuti kami di sosial media:
Tiktok :
https://www.tiktok.com/@kampussejahterausm
Instagram :
https://www.instagram.com/kampus_sejahtera
Facebook :
https://www.facebook.com/KampusSejahtera
Website :
https://kampussejahtera.usm.my/
#KampusSejahtera
#syukurselalu
#sayasayangKampusSejahtera
#sayasayangUSM