Mesyuarat Agong Tahunan sidang 2023/2024 bagi Seketariat Kampus Sejahtera telah berjaya berlangsung dalam talian melalui platform Webex pada 14 Ogos 2024. Mesyuarat ini telah dihadiri oleh 59 orang ahli jawatankuasa termasuk barisan penyelaras Kampus Sejahtera.
Hal ini menunjukkan komitmen dan semangat yang tinggi dalam kalangan ahli untuk bersama-sama memperkukuhkan visi dan misi Kampus Sejahtera. Sepanjang mesyuarat, pelbagai isu penting telah dibincangkan termasuklah perancangan strategik serta usaha untuk memperbaiki kesejahteraan komuniti kampus USM.
Mesyuarat ini turut menjadi platform untuk ahli-ahli menyuarakan pandangan dan cadangan yang konstruktif demi kemajuan Kampus Sejahtera. Dengan semangat kerjasama dan komitmen yang tinggi, diharapkan segala keputusan yang diambil akan membawa manfaat kepada seluruh warga kampus.
Semoga segala perancangan yang telah direncanakan dapat direalisasikan dengan jayanya untuk menaiktaraf Seketariat Kampus Sejahtera bagi sidang 2024/2025.
Ikuti kami di sosial media:
Tiktok :
https://www.tiktok.com/@kampussejahterausm
Instagram :
https://www.instagram.com/kampus_sejahtera
Facebook :
https://www.facebook.com/KampusSejahtera
Website :
https://kampussejahtera.usm.my/
#KampusSejahtera
#syukurselalu
#sayasayangKampusSejahtera
#sayasayangUSM