Tips Penjimatan Tenaga Elektrik Bagi Pengguna Penghawa Dingin
- Pilih produk elektrik yang mempunyai label jimat elektrik bagi yang baru nak beli penghawa dingin. Ramai juga orang kata sistem inverter bagus.
- Pastikan penghawa dingin yang dipasang adalah mengikut kuasa kuda yang sesuai dengan keluasan kawasan. Sebaiknya kirakan BTU (British Thermal Units) untuk dapatkan berapakah kuasa kuda yang diperlukan untuk satu kawasan.
- Sebaiknya pasang penghawa dingin secara back-to-back antara indoor dan outdoor unit untuk meningkatkan kadar kebolehkerjaan dan kecekapan penghawa dingin. .Jika tidak boleh back-to-back cari jarak yang terdekat antara indoor dan outdoor.
- Jika jarak terlalu jauh antara indoor dan outdoor, boleh tambahkan motor easi-flo untuk tingkatkan kecekapan. Harga satu unit easi-flo adalah RM +/- 350.
- Elakkan meletakkan suhu penghawa dingin pada suhu paling rendah (16 darjah celsius) sebaiknya amalkan suhu minimun lebih tinggi dari 22 darjah celcius. Ini juga dapat memastikan compressor tidak bekerja pada tahap optimum dan memanjangkan jangka hayat penghawa dingin.
- Sebolehnya pastikan ruang yang dipasang penghawa dingin adalah ruang tertutup (mempunyai pintu) jika ruang terbuka compressor perlu bekerja pada tahap optimum untuk sejukkan ruang.
- Untuk tidur malam, sebaiknya cuba setkan timer berapa jam kita perlukan penghawa dingin untuk tidur. Biasanya kita perlukan suasana yang sejuk dalam sejam atau dua jam awal sahaja, kerana pada jam 1-2 pagi udara sudah mula sejuk biasanya.
- Melakukan senggaraan secara berkala untuk penghawa dingin di rumah. Sebaiknya adalah mencuci habuk pada penapis luaras sebulan sekali, senggaraan penuh sekali dalam tempoh enam bulan dan lakukan senggaraan dengan bahan kimia setahun sekali.
Bersama kita menjadi pengguna yang bijak.