Dalam program ini, Kampus Sejahtera telah Mempekenalkan Agrotektur dalam kampus yang mampu melahirkan graduan dalam bidang keusahawanan dan kelestarian. Oleh itu, Pemindahan ilmu melalui perkongsian ilmu antara tenaga pakar dan pelajar adalah menjadi medium utama dalam kita menerapkan budaya kelestarian khususnya menghijaukan kampus.
Satu perjumpaan perdana Team Urban Agrotecture telah diadakan pada 22 Oktober 2013. Dalam perjumpaan tersebut para peserta dimaklumkan tentang objektif program dan cara pelaksaan program ini dilaksanakan dalam kampus. Penyertaan program ini telah melibatkan Kampus Sejahtera, Pusat Pembangunan Keusahawanan dan Sahsiah Pelajar, Pusat Pengajian HBP dan 100 Orang pelajar Agrotecture.
Impak yang diperolehi oleh mahasiswa adalah Pendedahan Ekslusif berkaitan agrotektur di dalam kampus dan berpeluang mempelajari kaedah baru dalam industri pertanian secara teori dan praktikal seterusnya berpeluang menjadi usahawan siswazah tani. Perkongsian idea dan pengalaman secara realiti bersama tenaga pakar akan menjadikan mahasiswa lebih bersemangat untuk melaksanakan pertanian moden.