Tayangan kelestarian adalah merupakan salah satu program yang dianjurkan oleh sukarelawan kampus sejahtera untuk memberikan mesej kelestarian kepada warga kampus. Tayangan yang dilaksanakan adalah berteraskan kelestarian seperti Monster University, Chicken Meat Ball dan sebagainya.
Kaedah pelaksanaan program adalah melaksanakan kempen melalui halaman sosial dan melaksanakan tayangan dengan harga yang murah iaitu sebanyak RM0.50 sahaja. Jumlah penyertaan tertinggi adalah seramai 334 orang. Selepas tayangan tersebut perbincangan tentang mesej cerita yang disampaikan akan dilaksanakan bagi memastikan peserta memahami tentang kelestarian . Impak melalui program ini adalah para peserta dalam memahami erti kelestarian daripada corak yang berbeza iaitu melalui tayangan dan mendekatkan peserta dengan pengetahuan kelestarian