Kuala Lumpur - Konvensyen Belia SDG Malaysia telah berlangsung di Pusat Belia Antarabangsa (IYC) Kuala Lumpur dari 16 hingga 18 Disember 2024 melibatkan belia berumur 14 hingga 30 tahun. Turut bersama 9 orang pelajar Universiti Sains Malaysia daripada 2 buah kampus iaitu Kampus Induk dan Kampus Kejuruteraan bagi menghadiri serta memeriahkan lagi Konvesyen SDG tersebut.
Majlis ini dirasmikan oleh YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan pada 17 Disember 2024.
Pelbagai perkongsian projek dan kertas kerja segenap bidang yang melibatkan keterlibatan belia telah dibentangkan termasuklah cabaran suku Orang Asli, masyarakat Pedalaman dan masyarakat OKU dalam memastikan aksesibiliti dan kesejahteraan ditingkatkan. Hal ini selaras dengan usaha kerajaan untuk mendengar denyut nadi segenap lapisan masyarakat dalam mengurangkan jurang “masyarakat terkebawah” atau “masyarakat terpinggir” (inklusiviti).
Pelbagai usaha yang dimainkan oleh golongan belia menunjukkan bahawa Belia mempunyai kuasa yang signifikan kerana golongan ini merupakan pewaris masa depan negara dan mampu menyumbang kepada pembangunan masyarakat dan negara selaras dengan agenda yang digagaskan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melalui 17 Matlamat Pembangunan Mampan 2015-2030.
Impak positif yang diperoleh membuktikan bahawa sekecil-kecil tindakan dari diri sendiri, keluarga, masyarakat mampu memberikan impak yang positif dalam jangka masa yang panjang.
Nilai kemenjadian belia (empati, simpati, kasih sayang, kepimpinan, kesabaran) perlu diperkasa kerana (Belia Madani : Mengakar ke bumi, Menggapai ke langit).
Teks : Muhammad Afiq bin Mohd Rosdi & Muhammad Muqri Hafidz Bin Mohd Lopi