Kitar semula ialah proses mengolah semula bahan buangan untuk menghasilkan barangan yang baru. Untuk mengurangkan sisa buangan yang boleh dikitar semula, Kampus Sejahtera telah mengadakan Program Kitar Semula. Program ini melibatkan pihak Kampus Sejahtera, Sukarelawan Kampus Sejahtera dan Majlis Penghuni Desasiswa.
Tujuan program ini dijalankan untuk menggalakkan penyertaan pelajar dalam program kitar semua disamping mengurangkan pengeluaran sisa ke tapak pelupusan. Tambahan pula, program ini mampu menghasilkan sumber baru dan guna semula serta ia menyokong program kampus “Zero Waste”.
Program kitar semula adalah program pembudayaan gaya hidup yang lestari dengan mengamalkan budaya kitar semula. Setiap MPD di bekalkan dengan tong sampah kitar semula untuk melaksanakan program kitar semula di desasiswa. Sekali sebulan pihak Kampus Sejahtera akan menghubungi pihak yang menerima bahan kitar semula untuk mengutip semua bahan-bahan yang boleh dikitar semula dari setiap desasiswa. Setiap MPD berpeluang untuk menjana pendapatan dengan menjual hasil barang yang boleh dikitar semula tersebut.
Impak program ini adalah ia membudayakan amalan kelestarian dalam diri pelajar tentang pengurusan sampah. Selain itu ia mampu mengurangkan sampah yang boleh dikitar semula ke tapak pelupusan. Ia juga menjimatkan perbelajaan tanggungan USM dalam menguruskan sisa sampah serta menyokong usaha kampus kearah kampus “zero waste’.